Wednesday, October 17, 2012

Tadika – Pengalaman Pertama

Sejak dua minggu lepas, aku selalu mundar mandir di sekitar kawasan taman perumahan kat area tmpt aku duduk.
Tadika??
Rakan sepejabat pun dh mula pelik…ada yg bertanya, " ko nak buka tadika ke sue???"
Yer la kan..anak takde, kahwin pun belum..alih² nak cari tadika...mesti ramai yang pelik..
Tak..aku bukan nak buka tadika atau nak mengajar di tadika dll.
Aku sebenarnya tengah mencari tadika yang sesuai untuk anak buah aku..
Sila baca dengan terang dan jelas.."anak buah aku"
hehehe..
Alkisahnya...tahun depan anak buah aku akan ikut aku merantau ke sini..

Hari ni, first time aku isi borang tabika.
Hari ni, first time aku jejak kat kelas tadika.
Hari ni, first time aku bercakap dan berjumpa dengan guru tadika.
Perasaan? ----> sgt nervous mcm aku nk g interview jd guru tadika je! haish!
Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim", borang tadika diserahkan pada Cikgu Ain (bkn nama sebenar).
Menggunung harapan aku agar permohonan anak buah aku diterima di tadika ini.
Permohonan boleh ditolak dari segi :
    1. Pendapatan ibubapa melebihi kuota yang tadika telah hadkan.
    2. Tadika dah sangat penuh.
Kelas nye sgt cosy...cikgu nya pun ramah...
Kemudahan dalam kelas sangat KEMAS, BERSIH & TERATUR.. *perkataan ini di'bold'kan utk mnunjukkan betapa pentingnya 3 perkara ni*
Anak buah aku nie mmg bukan anak kandung aku, tp aku dah anggap dia mcm anak aku sendiri. Aku sayang sgt kat dia mcm aku syg nyawa aku sendiri. hmm...*sedih mode*
Menurut Cikgu Ain, sekarang tgh pemilihan utk kanak² yang berjaya masuk tadika tersebut. Masa aku dtg tu pun Cikgu Ain dan pembantunya tengah mnyemak dan mnyusun borang² permohonan yang dihantar.
Setelah berbual² lebih kurang beberapa minit, aku pun minta diri.
Lega. Tapi risau tetap ada.
Semoga permohonan Bibi diterima di tadika ini. Amin.
Aku susun kaki melangkah keluar menuju ke kereta dengan perasaan lega dan harapan yang mnggunung tinggi.
Semoga segala urusanku dipermudahkan olehMu Ya Allah..