Monday, May 17, 2010

lil'bit bout...

Aku..

Aku memang suka jalan² sejak dari zaman kanak² ku lagi..mungkin dipengaruhi oleh pekerjaan bapa yang asyik bertukar tempat.. Tp bukan seperti bapa² mereka yg selalu ke luar negeri @ negara menguruskan tugas seperti yg anda bayangkan. Tidak! :-)

Ingin berkongsi sedikit mengenai "Mentor" dihati aku ni. Arwah seorg "Mandur" kawasan pembalakan.. Mandur ni kejenyer lebih kurang mcm supervisor - mengawasi kerja² di sekitar base camp pembalakan..
So bole la anda semua bayangkan, kerjanyer mmg selalu jauh ke kawasan pendalaman..berbagai tempat aku pergi dan pelbagai org yg aku jpa...berlainan bangsa & agama.

Dari segi makanan, kat kwsn² seperti ni mmg jarang bole makan makanan yg berasaskan daging. Ada..seperti ayam.. Tp itupun tidak selalu.. Ini disebabkan stok penghantaran bg barang² spt ayam ni dihantar pada hr² tertentu sahaja. Tp seperti ikan, udang galah...aku mmg sudah jelak nak makan...kwsn² seperti ni mmg byk udang & ikan sungai ( jenis ikan yg kalau dihantar ke bandar utk dijual bole jd kaya jika jd pembekal).

Jenis² seperti Semah, Tapah, Empurau & byk lg...tell u all the truth, jenis² ikan ni bole mencecah harga dari RM150 hingga ke RM380 sekilo!!! X percaya? Itu la hakikatnyer..Ikan ni akan membesar lebih kurang sehingga berat 3kg. Anda congak sendiri la yer bape harga seekor. Tp jgn ingat mudah nk mendapatkan ikan² seperti ini. Habitatnyer ialah kawasan hulu sungai yg arus airnya deras dan suhu air yg agak sejuk. Terdapat di kawasan seperti di pedalaman Kapit & Baram (ni kampung aku). Sedikit risau, jgnla waktu tgh pregnant nti mengidam nak makan ikan² seperti ni....hukhuk

Sayur²..ayah & emak mmg rajin..jd bekalan dr segi sayur² seperti terung, cili, sawi, bendi..ayah & mak tanam sendiri.. Itulah cara hidup kami waktu tu..Emak dah terbiasa. Aku juga. Bapa bukan seorg cerdik pandai jika dipandang dari sehelai kertas lulusan luar negara atau tandatangan dari dekan universiti. Bapa tidak punya semua itu. Tapi bapa punya hati yang cekal. Dgn kecekalan bapa juga, aku mampu menjadi org yg berguna pada hari ni.. Itu yang aku kagumi..Bapa mampu melakukan tugas²nya, berurusan dgn pekerja dari pelbagai kaum - penduduk pribumi sendiri, pekerja dr indonesia, burma, dan sebagainya..malahan berurusan dgn org putih! Berinteraksi dgn mereka..bagi aku bukan satu kerja yg senang. Aku yg bertugas sebagai Pegawai Sumber Manusia yang hny menguruskan satu bangsa asing shj , pun sudah cukup memeningkan aku. Ibarat seperti Itik Ayam lagaknya bila berkomunikasi...
Haha..kelakar bukan?..tapi x pe la...nak cari rezeki..itu salah satu dugaan/cabaran yang aku kena hadapi..so..sabar je la.. (",)