Tuesday, November 27, 2012

Siapa dia Usman Awang??

Ternyata bahasa itu indah..bahasa itu juga mencerminkan bangsa..bahasa itu juga mencerminkan budaya…

Usman Awang – Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.
Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. 

Catitan nya penuh pesanan. Ada 3 dari puisi² beliau yg amat aku minati.."Melayu”, “Guru oh Guru” dan juga “Sahabatku” yang telah diterjemah kepada 4 Bahasa lain – Inggeris, Cina, Tamil dan juga Bahasa Iban –ya, bahasa ibunda ku…
Puisi: Melayu
I just love this Puisi very much. Although I’m not a Malay descendant, but I really like how the puisi was. A very deep meaning in it..interpreted in a very poetic way..well, read thru and then u’ll know exactly on what am I saying about..

Melayu
 
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah muallaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka

Me: sangat indah garapan si penulis..itulah, tulisan dari hati..













Wednesday, November 14, 2012

TIPS : Penjagaan Kain Baju

Teringat kisah dulu² time duduk hostel masa berlajar..
Banyak² perkara...aku rasa bab yang ini la yang aku paling rajin malas...bkn nyer malas sbb apa,
kalau dulu masa study kat hostel mana la nak ada mesin basuh bagai...
Ada pun mesin basuh adalah "mesin cuci tangan" ni je..
Naik lenguh² tangan nak menyental time weekend bila basuh sarung bantal, selimut, tuala & seluar jean..
Dobi x de ke???
hmm..dobi tu bukan xde, tp nun jauh kat bandar..sekolah aku dulu jauh betul dari bandar..xkan nak tggu time outing pg bandar baru nak basuh baju kan..
Outing day pulak tu 2 minggu sekali baru boleh keluar...hukhuk
Tapi x pe la...kalau x, xde la merasa n ada pengalaman kan...hehehe

Anyway, below are a few tips yang kita bole gunakan dalam kehidupan seharian sekiranya berdepan dgn masalah kotoran degil seperti dibawah:

Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian

Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.

Pakaian Terkena Dakwat

1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.

2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.

3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

Pakaian Terkena Karat

Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian

Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat

Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang Emas

Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

Memutihkan Kain

Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-

* Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.

* Campurkan dengan air.

* Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.

* Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian

1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.

2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

Mengeringkan Kasut Sekolah

Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.

Menghilangkan Darah Pada Pakaian

1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.

2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian

1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.

2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu.. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

Menghilangkan Minyak di Kain

Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna Pakaian

Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik

1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.

2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.

Menaikkan Seri Kain Sutera

Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

Melancarkan Perjalanan Zip

jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.

Mengilatkan Kasut Kulit

Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit

* Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.

* Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.

* Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru

Wednesday, October 17, 2012

Tadika – Pengalaman Pertama

Sejak dua minggu lepas, aku selalu mundar mandir di sekitar kawasan taman perumahan kat area tmpt aku duduk.
Tadika??
Rakan sepejabat pun dh mula pelik…ada yg bertanya, " ko nak buka tadika ke sue???"
Yer la kan..anak takde, kahwin pun belum..alih² nak cari tadika...mesti ramai yang pelik..
Tak..aku bukan nak buka tadika atau nak mengajar di tadika dll.
Aku sebenarnya tengah mencari tadika yang sesuai untuk anak buah aku..
Sila baca dengan terang dan jelas.."anak buah aku"
hehehe..
Alkisahnya...tahun depan anak buah aku akan ikut aku merantau ke sini..

Hari ni, first time aku isi borang tabika.
Hari ni, first time aku jejak kat kelas tadika.
Hari ni, first time aku bercakap dan berjumpa dengan guru tadika.
Perasaan? ----> sgt nervous mcm aku nk g interview jd guru tadika je! haish!
Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim", borang tadika diserahkan pada Cikgu Ain (bkn nama sebenar).
Menggunung harapan aku agar permohonan anak buah aku diterima di tadika ini.
Permohonan boleh ditolak dari segi :
    1. Pendapatan ibubapa melebihi kuota yang tadika telah hadkan.
    2. Tadika dah sangat penuh.
Kelas nye sgt cosy...cikgu nya pun ramah...
Kemudahan dalam kelas sangat KEMAS, BERSIH & TERATUR.. *perkataan ini di'bold'kan utk mnunjukkan betapa pentingnya 3 perkara ni*
Anak buah aku nie mmg bukan anak kandung aku, tp aku dah anggap dia mcm anak aku sendiri. Aku sayang sgt kat dia mcm aku syg nyawa aku sendiri. hmm...*sedih mode*
Menurut Cikgu Ain, sekarang tgh pemilihan utk kanak² yang berjaya masuk tadika tersebut. Masa aku dtg tu pun Cikgu Ain dan pembantunya tengah mnyemak dan mnyusun borang² permohonan yang dihantar.
Setelah berbual² lebih kurang beberapa minit, aku pun minta diri.
Lega. Tapi risau tetap ada.
Semoga permohonan Bibi diterima di tadika ini. Amin.
Aku susun kaki melangkah keluar menuju ke kereta dengan perasaan lega dan harapan yang mnggunung tinggi.
Semoga segala urusanku dipermudahkan olehMu Ya Allah..

Friday, September 7, 2012

RAYA OH RAYA preparation


dear blogger…apa kabarmu..??? dah lama x menjengah ke sini..bz yg amat..
lgpun tenet kat ofis dh kena block dat day…*tsk tsk..dlm hati bkata “***&^^** BLOCK???!!* hahahha…abaikan ye..dats not wat are we gonna story mori abouts..

here it goes..
ohhh well..dis is my 1st time raya wif my encik tunang.. ----> see….so long for not updating my blog, tetiba tau dh tunang dah!! 
Byk perkara FIRST TIME raya tahun nie..
antaranya…
1. PELITA BULUH – slalu aku tgk pelita yg beli kat TESCO tu jew..hukhuk
12082012265
oh my…abaikan selipar² buruk yg ‘interprem’ kat blakag tuh..
          
hasil nye……jadi la camnie… Winking smile
12082012275
aku - kanak² ribena happy wannabe…
                         
2. MAKE MY OWN COOKIES!! – uhhh oo..don’t laugh! aku x prnh buat cookies pun seumur hidup aku nie..
11082012248

3. LONTONG
17082012295
a very unique Javanese food…a totally new thing to me..pertama kali buat benda nie, habis pecah² daun pisang ni aku kerjakan..hahaha.

But indeed, it is a unique & memorable experience.
Lihat di bawah ini, kami di “lautan lontong”..
Utk pngetahuan uols…keluarga bakal mertua aku ni pengusaha lontong..ha…for those yg nk order utk rumah terbuka bole la buat tempahan…eh², advert x berbayar lak..hehehe..
17082012288
Ok..sekian update utk my first time raya @ kampung.. Winking smile

Tuesday, May 15, 2012

Buntu


bila kita cuba utk menjadi yang terbaik dan jadi sperti apa yang mereka inginkan..kemudian kita gagal! apa yg perlu kita buat??

    perlukah kita biarkan saja dan pergi??

    perlukah kita berputus asa dan mendiamkan diri??

    perlukah kita terus berusaha dan gagal lagi??

saya x punya jawapan kepada semua soalan diatas.

saya buntu.

saya penat. terlalu penat.

xtau apa yang perlu saya buat.

buat masa ini, mendiamkan diri adalah lebih baik.

hidup. terlalu banyak dugaan.

sabarkan diri.
diam sejenak.